Tuesday, December 15, 2015

Trip ke Bali Day 5

Untuk hari-hari terakhir ini tiada lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati. Flight balik kami pada jam 9.50 malam. Kami minta Pak Supir untuk mengambil kami dari hotel pada jam 5 petang. Jadi bagi mengisi masa yang tersisa itu dan sewaan motor pun masih dengan kami lagi, kami bergerak ke deretan kedai yang menjual pakaian baju-baju serta souvenier. membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang.




Kamudian kami bergerak ke Discovery Mall iaitu sebuah Mall di tepi pantai Kuta yang begitu terkenal di Bali. Sempat membeli sebuah Hammock dengan harga RP 400K. Kemudian kami bergerak pula ke Lippo Mall menuju ke Butik Eiger. Kali ni lagi banyak kami beli dengan alasan nak perabih duit Indon, tapi alih-alih dengan kad kredit terpaksa guna. Itulah masalahnya kalau masuk kedai outdoor ni.


Tengahari itu sekali lagi kami makan di kedai makan Pawon Pasundon. Selesai makan terus bergerak ke hotel dan bersiap-siap untuk menunggu Pak Supir untuk hantar kami ke airport.


Alhamdulillah kami dapat check in awal. Selesaikan beg dahulu masuk kargo dan kami berehat di dalam balai berlepas sahaja kerana ruang diluar airport tak banyak kerusi untuk berehat.




Sampai ke KLIA2 kembali lebih kurang jam 12.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat. Berehat sekejap sebelum mengambil bas ke KL Sentral untuk balik ke Penang.

Trip Bali Day 1
Trip Bali Day 2
Trip Bali Day 3
Trip Bali Day 4

2 comments:

Farikica said...

Masih sempat last2 minit shopping ya ☺

Unknown said...

Terbaeek, jadi nak tengok bercuti kat sana :D

Download film bluray

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails