Thursday, May 7, 2015

Keindahan dan Rahsia Pulau Aman dan Pulau Gedung

Tuesday, May 5, 2015

Sherpa enggan bina semula laluan pendakian ke Everest

Harapan para pendaki Gunung Everest, berkemungkinan akan dibatalkan berikutan Sherpa di pergunungan Himalaya enggan membina semula laluan mendaki yang musnah akibat gempa bumi dan ini bakal menamatkan musim mendaki tahun ini.

Golongan Sherpa di Kathmandu telah sepakat untuk tidak membina semula laluan tersebut dan ini bererti kemungkinan  kali kedua berturut-turut musim mendaki dibatalkan.

Tahun lepas musim pendakian dibatalkan akibat salji runtuh yang menyebabkan 16 Sherpa terbunuh.

Kerajaan belum membatalkan pendakian musim ini dan permit pendaki masih sah sehingga akhir Mei.

Adalah mustahil untuk para pendaki Everest untuk meneruskan pendakian mereka tanpa laluan dan bantuan dari sherpa.

Jurucakap jawatankuasa yang mengawal Sherpa, Kapindra Rai berkata: “Mustahil untuk membina semula laluan mendaki.”

Seaview Hotel, Langkawi

Hotel Seaview Langkawi....Apa yg dapat kukata hotelnya amat cantik sekali, cantik, menarik dan tertarik..

Letaknya hanya betdekatan dengan jeti kuah dan kalau berjalan kaki ke pekan kuah dlm 10 minit dah sampai...
Kunjungan kali ini ke Langkawi adalah atas urusan kerja dan kami mengadakan pakej meayuarat disini.

Kos  untuk 3 hari 2 malam disini adalah RM 128 seorang semalam.. Diberikan bilik berdua dan pakej sekali dengan 
makan minum, tiket feri dan pengangkutan pergi.balik ke jeti kuah dan hotel.
Pihak urusetia juga diberikan sebuah kereta untuk segala urusan sepanjang berada di Langkawi.

Line Internet juga amat bagus sekali, saya bagi 5 bintanglah. Bukan sahaja di lobi, dibilik pun line internetnya superberb.
Jadi kalau ada rakan2 yang nak buat pakej mesyuarat di Langkawi bolehlah memilih hotel ni sebagai suatu pilihan..  Pasti akan puas hati nanti..

Sunday, May 3, 2015

Himpunan kata-kata hikmah Irfan Khairi

Just nak kongsi sikit kata2 hikmah dari Jutawan Internet terkenal iaitu Irfan Khairi....
Bagiku kata2 hikmah Irfan Khairi dapat menaikkan semangat ku untuk turut berjaya seperti beliau.....

Pasar bundle Klong Ngae (Krongek) Thailand

Sebenarnya aku dah lama tahu berkenaan ada satu tempat membeli belah barangan bundle yg lebih top dgn nama pasar krongek. Pasar ni kiranya tempat geng2 kaki jual bundle dari Malaysia ambik barang. Tapi sebelum ni aku tak pernah berkesempatan utk berkunjung kesini.
Untuk pengetahuan pasar ni dibuka pada hari sabtu sahaja dari pagi hingga jam 2 ptg mcm tu.



Letaknya pasar bundle Klong Ngae ni ialah ditengah2 perjalanan dari Sadao ke Hat Yai.
Jika korang memandu dari Sadao korang akan jumpa satu bandar Klong Ngae dan korang kene belok kekanan dan akan perasan banyak payung2 orang dok meniaga.

Kat sini mmg banyak gila barang2 bundle seperti baju, seluar, kasut, beg dan lain2 lagilah.

Bagi peminat barang bundle korang wajib berkunjung kat sini nanti.




Pilihan chalet murah di Pak Bara, Thailand.

Bagi yg berhajat nak berkunjung ke Daerah Pak Bara Thailand, saya ada satu pilihan penginapan.murah yang boleh dipilih..
Terletak hanya beberapa ratus kilometer saja dari jeti Pak.Bara dan juga pasar malam.

Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 50 semalam. Memang berbaloi baloi. Line internet pula amat laju serta keadaan biliknya juga selesa.

Cuma lokasi chalet bukanlah terletak ditepi pantai, tetapi terletak ditepi jalan utama sahaja menuju ke jeti Pak Bara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails